// Sabrina Fendi ♥



Le Gadis




Imma straight talking, funny, friendly and yeah Im Original ;) Sumandak from The Land Below The Wind. Proud to be sabahan ;) cheers!


Le Credits


skins by : Simple
editor Gadis Semasa : Fahmi Nordin

Kenapa Kau Cakap Tak Suka Walaupun Suka?
Sunday, June 12, 2011 | 0 comments


Biasa la. Dah jadi macam trend manusia zaman sekarang. Mulut kata lain, hati kata lain? Sebab apa? adakah kerana sistem saraf mereka tunggang langgang dan tidak teratur menyebabkan arahan yang diterima otak disalahertikan? okeh apa aku merepek. Benda ni sebenarnya terjadi sebab apa yang biasanya dirasai tu tak dapat diluahkan. Atau dalam bahasa omputih, unspeakable. Kenapa tak dapat diluahkan?


1. Ego yang tinggi
Contoh macam Justin Beiber cakap dia tak suka tengok persembahan Usher yang sememangnya gempak. Dia tahu yang usher tu sifu dan juga master beliau, tapi disebabkan dia rasa dia lagi hebat, lantas mulut dia cakap dia tak suka. Padahal dalam hati, duk dengki dengki ngan Usher. Ni contoh je naa. haha

2. Takut kena reject
Yang ni biasa kena pada mereka mereka yang kurang keyakinan diri. Oleh kerana takut kena reject, dia cakap tak suka. Walaupun setiap kali jumpa hati duk melonjak lonjak gembira. Nasihat aku, lu ada feeling, lu kasi tau. Jangan simpan simpan. Pedih wooo.

3. Pernah membenci
Cenggini la senang, Ali memang dari dulu tak suka Melor. Sebab apa? Sebab Melor gemok hodoh lagi buruk. Tapi bila Melor dah lawa macam Angelina Jolie,  dia tetap cakap tak suka. Sebab takut orang kata jilat ludah sendiri. Dulu kata lain, sekarang kata lain.

4. Banyak halangan
Yang ni aku tengok banyak ada kat dalam drama indon yang aku sendiri terpaksa tengok sebab adik aku serta kawan2 aku merupakan peminat setia cerita indon. Kau cakap ja, cinta kirana ka, kejora dan bintang ka, cinta melody ka, semua memang diorang layan. Sampai aku pun terlayan sekali. Biasanya si perempuan jahat akan ugut hero tu, dan dia akan apa apakan heroin tu kalau hero tu bercintun dengan heroin tuh. boring kan? indon indon indon.

Older Post | Newer Post